Wednesday, July 9, 2008

CITA-cita saya

Cita-cita saya ialah menjadi peniaga yang terkenal. Saya ingin menciptakan pesawat yang sangat canggih. Pesawat itu dapat terbang secepat 100 000 000km/h. Dengan mencapai cita-cita itu saya harus belajar yang tekun. Saya akn mencapai cita-cita saya.

Thursday, July 3, 2008

minuman kegemaran saya

Minuman kegemaran saya adalah `greentea heaven and earth' dalam bahasa Inggris. Saya gemar minum minuman itu kerana rasanya yang manis dan sedikit pahit. Saya gemar membeli minuman itu ketika saya sedang letih. Minuman itu memang sedap kalau diminum tetapi meminum minuman itu terlalu banyak juga tidak menyihatkan. Kandungan gulanya dapat menyebabkan penyakit kencing manis. Bukan hanya minuman ini boleh menimbulkan penakit kencing manis. Minuman yang bergula tinggi juga dapat menimbulkan penyakit itu.

Wednesday, July 2, 2008

sukan kegemaran saya

Sukan kegemaran saya ialah bermain badminton. Saya gemar bermain badminton kerana seronok dan menyihatkan tubuh. Saya belajar bermain badminton dengan bapa saya. Bermain badminton juga dapat menghilangkan stress.Bermain badminton juga memerlukan stamina yang kuat. Saya tidak akan melupakan bapa saya yang telah mengajarkan saya bermain badminton

Warna kegemaran saya

Warna kegemaran saya ialah warna hitam. Saya menyukai warna hitam kerana itu menyeramkan,tanda keberanian dan kegagahan. Apabila saya diberi peluang untuk memilih sesuatu barang yang berwarna macam-macam,saya akan memilih warna hitam.

makanan kegemaran saya

Saya gemar memakan makanan yang bernama `steak' dalam bahasa Inggris. Saya gemar memakannya kerana itu sangat sedap. Saya selalu diajak pergi makan steak oleh bapa saya sewaktu hari jadi saya. Makan `steak itu cukup mahal'. Saya hanya memakannya setahun sekali.

Thursday, June 26, 2008

Alat muzik kegemaranku

Alat muzik kegemaran saya ialah piano. Saya gemar memainkannya kerana suara yang dihasilkan darinya sangat baik. Bermain piano boleh menghilangkan stres. Apalagi bila lagu yang dimainkan oleh orang itu lagu klasik. Setelah selesai belajar,saya gemar bermain piano. Saya mulai bermain piano semenjak saya darjah satu. Lama-lama saya menjadi semakin mahir dalam bermain piano. Orangtua saya yang membayar tuisyen piano itu. Saya sangat berterimakasih dengan mereka. Saya juga tidak pernah akan berhenti belajar bermain piano.